DO FOLLOW ME OK :)

Wednesday, August 10, 2011

4 tanda kekasih anda hendak tinggalkan anda

  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil? Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda? Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

Monday, August 8, 2011

madah-madah cinta :)

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

Saturday, August 6, 2011

tuhan beri aku cinta :)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta